fbpx
ROGERS (kanan) melepaskan rembatan untuk meledak gol buat Villa dalam kemenangan ke atas West Ham kelmarin.

Rogers kunci Villa terus mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aksi cemerlang Morgan Rogers menjadi nadi kebangkitan Aston Villa apabila jaringan sensasinya melengkapkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas West Ham United di Stadium London semalam.

Ia sekali gus mengekalkan momentum pasukan kendalian Unai Emery dalam perebutan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila kini menduduki tangga ketiga dengan tiga mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Villa yang dikejutkan dengan gol terpantas musim ini seawal 29 saat (s), enggan mengalah meskipun ketinggalan dua kali sebelum Rogers muncul wira menerusi dua jaringan penting pada babak kedua di Stadium London.

Emery memuji karakter luar biasa pasukannya yang terus berjuang meskipun berdepan kesukaran dan kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan untuk merakam kemenangan liga keenam berturut-turut.

“Saya sangat gembira dengan cara pemain memberi reaksi. Kami ketinggalan dua kali, tetapi komitmen, disiplin dan keinginan untuk bangkit itu menunjukkan identiti sebenar pasukan ini,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Kemenangan tersebut menguatkan spekulasi bahawa cabaran kejuaraan buat Villa bukan lagi sekadar mimpi dan kini berpeluang cerah untuk merealisasikannya meskipun bermula hambar dalam lima perlawanan awal.

Villa turut menundukkan Arsenal 2-1 minggu lalu dan prestasi konsisten Rogers serta rakan sepasukan menjadikan mereka antara pasukan paling berbahaya ketika ini.

Dengan keyakinan yang semakin memuncak, Villa mula berani bermimpi lebih besar, manakala Rogers pula terus mengukuhkan statusnya sebagai watak utama dalam kebangkitan luar biasa The Villans musim ini. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN