fbpx
SEBUAH jambatan musnah akibat diserang Thailand di Pursat, Kemboja semalam . - Foto AFP

Rakyat Malaysia dinasihati elak ke kawasan sempadan Thailand-Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh menasihati Rakyat Malaysia di Kemboja agar tidak melakukan sebarang perjalanan ke beberapa wilayah berhampiran sempadan Thailand susulan ketegangan yang berlaku antara dua negara itu.

“Rakyat Malaysia di Kemboja adalah dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan ke Wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang, Koh Kong dan Pursat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Selain itu, warga Malaysia turut diingatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan Kemboja.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Thailand dan Kemboja mengesahkan konflik terbaharu di sempadan menyebabkan lebih setengah juta penduduk kedua‑dua negara terpaksa meninggalkan kediaman mereka, selain puluhan nyawa terkorban dan ratusan yang lain cedera.

Serangan artileri serta udara dilapor memusnahkan rumah, sekolah dan kemudahan asas, manakala ribuan keluarga kini berlindung di pusat pemindahan yang sesak sambil menunggu rundingan damai yang masih belum menampakkan sebarang perkembangan positif. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN