fbpx
GAMBAR fail seorang ‘rider’ penghantar makanan di Zhuhai. - Foto AFP

‘Raja Rider’ simpan wang RM650,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING –  Seorang penghantar makanan di China bukan sahaja berjaya melunaskan hutangnya selepas lima tahun, malah turut menyimpan wang sebanyak 1.12 juta yuan (RM650,00), lapor laman berita VnExpress. 

Zhang Xueqiang bekerja 14 jam sehari dan mengamalkan gaya hidup yang sangat berjimat.

Menurut portal berita ETtoday, lelaki digelar sebagai ‘Raja Tempahan’ itu memperoleh pendapatan kira-kira 1.4 juta yuan (RM812,000) sepanjang tempoh tersebut.

Xueqiang yang berasal dari Zhangshou, wilayah Fujian mengehadkan perbelanjaannya kepada keperluan asas dan menyimpan sekitar 80 peratus pendapatannya.

Perjalanannya bermula pada tahun 2019 apabila perniagaan makanan yang gagal menyebabkan dia menanggung hutang sebanyak 50,000 yuan (RM29,000). 

Bertekad untuk bangkit semula, dia berpindah ke Shanghai dan mula bekerja sebagai penghantar makanan dengan satu misi iaitu melangsaikan hutang secepat mungkin. 

“Dia sentiasa berlari untuk menyiapkan tempahan dan menjimatkan setiap minit,” kata pengurusnya yang dikenali sebagai Yan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN