fbpx
Aprena Manrose masih memilih untuk mengunci mulut berkaitan kemelut yang menyebabkan keruntuhan rumah tangganya.

‘Pernah cuba berbaik waktu idah, tapi Tuhan kata sudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas beberapa bulan bercerai, pelakon Aprena Manrose masih memilih untuk mengunci mulut berkaitan kemelut yang menyebabkan keruntuhan rumah tangganya.

Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32,bagaimanapun berkata, ketua keluarga perlu berusaha menyelamatkan rumah tangga sekiranya timbul sebarang permasalahan.

“Hubungan suami isteri mana yang tak bergaduh, pasti ada. Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih sebab bimbang akan terbuka aib mana-mana pihak.

“Bukannya sepanjang perkahwinan kami tidak okey — ada masa okey, ada waktu bahagia dan tak bahagia. Cumanya bagi saya, macam mana kita pertahankan perkahwinan itu.

“Bagi saya, seorang lelaki sepatutnya kena lebih kuat pertahankan rumah tangga berbanding perempuan tapi bila lelaki itu memutuskan untuk lepaskan, kita akur lah,” katanya.

Dalam masa itu, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu memaklumkan berjaya menyembuhkan diri selepas berpisah dengan menghadiri majlis ilmu.

“Majlis ilmu juga adalah salah satu cara untuk saya sembuh, kuatkan iman saya.

“Kadang-kadang kita tahu perempuan ini, kalau tak isikan masa-masa dengan kelas agama, kita akan banyak bermain dengan perasaan kita.

“Sebab itu, cara saya untuk menangani masalah saya, bila rasa ‘down’, saya akan pergi mengisi masa-masa dengan majlis ilmu,” ujarnya.

Aprena mengakui terkesan dengan perceraian tetapi bersyukur diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Alhamdulillah proses perceraian saya dipermudahkan. Rasa macam tiba-tiba dah habis idah. Tipulah kalau tak sedih, ada fasanya.

“Dalam masa dua, tiga bulan juga dalam tempoh idah, ada cuba untuk nak berbaik tapi bila Allah kata sudah, sudah lah sebab kerana saya dekatkan diri dengan Allah.

“Saya pergi umrah, Allah beri kekuatan. Saya buat solat tahajud, saya buat empat bulan lebih. Mungkin sebab itu saya dapat kekuatan,” katanya lagi.

Pada Jun lalu, Aprena mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd. Afiq Hazman.

Terdahulu, keretakan rumah tangga Aprena kerap menjadi bahan bualan ramai terutama selepas mereka dilihat tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri lalu bersama.

Mereka juga dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN