fbpx
Gambar fail Rob Reiner dan Michele. - AFP

Pengarah ‘When Harry Met Sally…’, Rob Reiner dan isteri mati ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Pengarah terkenal Hollywood, Rob Reiner dan isterinya, Michele Singer, ditemukan mati di rumah mereka di Los Angeles, California semalam, demikian menurut satu kenyataan daripada keluarga pasangan itu seperti laporan ABC News.

Sumber penguatkuasa undang-undang kanan memberitahu saluran televisyen itu bahawa kedua-dua mangsa ditikam hingga mati di kediaman mereka di kawasan Brentwood.

“Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian tragis Michele dan Rob Reiner. Kami bersedih dengan kehilangan mengejut ini, dan kami meminta privasi dalam masa yang sukar ini,” kata keluarga Reiner.

Pegawai berkata semasa sidang akhbar malam semalam bahawa pihak polis belum mengenal pasti suspek dan tiada sesiapa yang ditahan pada masa ini.

“Ini adalah kehilangan yang dahsyat untuk bandar dan negara kita,” kata Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass dalam satu kenyataan. 

“Sumbangan Rob Reiner bergema di seluruh budaya serta masyarakat Amerika, dan beliau telah meningkatkan kehidupan yang tidak terkira banyaknya melalui kerja kreatif dan advokasinya yang memperjuangkan keadilan sosial serta ekonomi,” tambah Bass.

Reiner yang merupakan seorang pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, dikenali kerana filem-filem hit Hollywood termasuk ‘The Princess Bride’, ‘When Harry Met Sally…’, ‘Stand By Me,’ ‘This is Spinal Tap’, ‘A Few Good Men’ dan banyak lagi.

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) berkata, kes itu disiasat atas dakwaan pembunuhan.

Sementara itu, majalah hiburan Amerika, People ketika memetik beberapa sumber melaporkan, pasangan itu dipercayai dibunuh oleh anak lelaki mereka, Nick. 

LAPD bagaimanapun masih belum mengesahkan laporan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN