fbpx
BAKAL pengantin wanita enggan berkahwin dengan pasangannya. - Foto X

Pengantin lelaki minta kereta Brezza, wang RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI –  Seorang pengantin lelaki didakwa menuntut sebuah kereta dan wang tunai 2 juta rupee (RM90,000) sejurus sebelum upacara perkahwinannya diadakan, lapor laman berita The Indian Express semalam

Kejadian berlaku di Bareilly, dalam negeri Uttar Pradesh pada Jumaat lalu.

Susulan insiden itu, pengantin perempuan menolak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Polis turut menahan  pengantin lelaki dan dua ahli keluarganya.

Keluarga pengantin perempuan berkata, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Rishabh, tiba di dewan bankuet berhampiran Perpustakaan Yugveena untuk mengahwini anak perempuan mereka. 

Mereka bagaimanapun terkejut apabila dia meminta sebuah kereta Brezza dan wang tunai  2 juta rupee sambil mengugut untuk membatalkan perkahwinan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.

Sebuah video memaparkan pengantin perempuan berkongsi pengalaman tersebut kemudian tular di media sosial. 

“Saya tidak mahu berkahwin dengan orang yang tamakkan hantaran. Saya tidak boleh berkongsi hidup dengan lelaki yang tidak menghormati keluarga saya,” katanya dalam klip video tersebut.

Sebilangan netizen memberikan  reaksi berbeza berhubung kejadian itu dengan seorang pengguna laman sosial  menulis: “Keberanian diperlukan untuk membatalkan sebuah perkahwinan.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN