fbpx
Noor Azuan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Pemandu treler rempuh plaza tol didakwa memandu bawah pengaruh dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemandu treler yang merempuh plaza Tol Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) sehingga tular sebelum ini akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh dadah, minggu lalu.

Tertuduh, Noor Azuan Rahman, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki yang masih bujang itu didakwa memandu kenderaan berat berkenaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di lorong Plaza Tol Kemuning dari Klang ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas di sini pada pukul 9.11 malam, 10 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bersama seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya merayu dikurangkan kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur termasuk anak saudaranya yang masih kecil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan sebutan semula ditetapkan pada 13 Februari depan.

“Lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan kes ini selesai,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun antara tujuh individu terselamat selepas dua kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah treler di Plaza Tol Kota Kemuning, Kesas di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN