fbpx
TERTUDUH, Lee Kang Foong dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Bentong hari ini.

Pemandu Mercedes Benz didakwa sebabkan kematian suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seorang pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz, Lee Kang Foong, 40, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua individu dalam kejadian kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bentong–Gombak, minggu lalu.

Tertuduh, Lee Kang Foong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fakhiza Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa pada 10 Disember lalu kira-kira pukul 8.15 malam memandu sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz dengan cara yang berbahaya kepada orang awam.

Perbuatan itu, setelah mengambil kira segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan, saiz jalan serta kesesakan lalu lintas yang dijangka ada di laluan berkenaan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian dua penumpang sebuah kenderaan lain, iaitu Karmilawati Muhamad Ya’akob, 51, dan Mohammad Nazri Md Salleh, 51.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Adawiah Abdul Wahab yang memohon ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain lesen memandu tertuduh digantung.

Bagaimanapun, peguam bela, Young Hiang Siong dari firma guaman Tai and Partners memohon supaya jumlah ikat jamin dikurangkan atas alasan tertuduh memikul tanggungjawab besar menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur dan mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Noor Fakhiza membenarkan Kang Foong diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selain tarikh sebutan semula kes pada 23 Februari tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI