fbpx
GAMBAR fail Fan Zeng dan isteri mudanya. - Foto Weibo/Fan Zeng

Pelukis 87 tahun dapat anak lelaki selepas kahwin isteri muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Pelukis China berusia 87 tahun, Fan Zeng mengumumkan bahawa isteri keempatnya, Xu Meng yang berumur 37 tahun melahirkan anak lelaki pertamanya, lapor portal berita VnExpress semalam.

Fan dan Xu memulakan hubungan mereka pada tahun 2021 dan baru-baru ini menyambut kelahiran seorang anak lelaki.

Menurut portal berita Sina, Fan menarik perhatian meluas di media sosial selepas mengumumkan pada 11 Disember lalu bahawa Xu telah melahirkan dan menggambarkan bayi itu sebagai anak lelaki tunggal.

Fan berkata, hubungannya dengan Xu bermula selepas beliau mengalami strok ringan pada tahun 2021,  menyebabkannya tidak dapat meneruskan kerja seninya untuk seketika.

Semasa tempoh pemulihan, Xu menjaga beliau dengan penuh dedikasi, mengurus keperluan harian dan membantunya memulihkan kekuatan fizikal serta mental.

Terharu dengan sokongan yang diberikan, Fan berkata, mereka membina hubungan rohani yang mendalam dan memutuskan untuk komited antara satu sama lain seumur hidup, sambil mengumumkan perkahwinan secara rasmi pada April 2024. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN