fbpx
Perkongsian video di threads oleh @zul_azrii.

‘Mesti balik rumah ayah menangis dalam tandas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan memberikan hadiah hari lahir hingga mengundang sebak bapanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @zul_azrii, kelihatan kanak-kanak itu yang baru pulang dari sekolah menghulurkan hadiah kecil kepada ayahnya.

“Saya mampu bagi ni saja, tak cukup dengan RM2 tu. Selamat hari lahir ayah,” kata kanak-kanak tersebut.

Lelaki tersebut kelihatan mengusap mata menahan air mata sebelum menerima hadiah sekeping kad ucapan dan beberapa pelekat kartun dari anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut tersentuh dengan tindakan kanak-kanak tersebut.

“10 tahun lalu, anak perempuan saya bagi kad ucapan siap lukis-lukis. Saya hargai sangat-sangat. Saya tampal di ofis sampai sekarang,” komen Arip Dali.

“Sticker (pelekat) ke? Kalau aku ada anak, aku akan tampal dekat telefon, laptop, kereta, semua lah. Bangga tau,” kata Fajrul Low Kamil.

“Ni mesti balik rumah ayah lari menangis dalam tandas,” komen Nur Shaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN