fbpx
JDT dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Sabah 5-0 pada final Piala FA di SNBJ malam semalam. - SHIDDIEQIIN ZON

Menang pingat, trofi identiti JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT JALIL – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak hanya sekadar kelab bola sepak, sebaliknya kalungan pingat dan menjulang trofi kejuaraan sudah menjadi identiti sebenar buat Harimau Selatan.

Kesimpulan itu tepat untuk menyerlahkan ‘wajah’ sebenar JDT yang mengesahkan kejuaraan Piala FA buat kali keempat berturut-turut selepas mengalahkan Sabah FC 5-0 di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam semalam.

Pengendali JDT, Xisco Munoz berkata, daripada kerja keras yang dilakukan oleh pelbagai lapisan dalam kelab, Harimau Selatan sememangnya tidak berhak untuk sekadar raih pingat selaku naib juara.

“Apabila kamu mendominasi selama 10 tahun, ia kerana kamu bekerja dengan baik. Maksud saya adalah (tentang) kelab yang kukuh, bagus dan di semua perkara (kami) sentiasa profesional untuk cuba beri yang terbaik.

“Apabila kamu mendominasi di dalam sesebuah negara, ia adakah kerana kelab ini sudah bekerja dengan cukup baik. Bukan senang untuk menang tiga, empat atau lima kali, kecuali dengan hanya memiliki cita-cita dan impian besar,” katanya.

Semua gol JDT dijaringkan dalam aksi final tersebut diperoleh menerusi Jonathan Silva, Jairo da Silva, Oscar Arribas, Manuel Hidalgo dan jaringan sendiri pemain Sabah, Rawilson Batuil.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berkongsi gelaran selaku pemenang terbanyak Piala FA dengan lima kali bergelar juara bersama Selangor FC (SFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua orang dalam kelab ini kerana bukan senang untuk mengharungi jadual seperti kami harungi. Setiap hari kami lalui dengan sempurna dan semua ini akan membantu kami dan pemain.

“Kami sentiasa ada (lihat) muka sama di depan kamera, namun di belakang kami, kami ada ramai orang yang bekerja untuk (bantu) tugas kami,” tambah Munoz. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN