fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Izuwan untuk didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Meringkuk setahun dalam jel, balasan curi Yamaha 135LC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC ES tiga minggu lalu.

Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Izuwan Mohamad Saufi, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa mencuri motosikal Yamaha 135LC ES berwarna hitam milik lelaki berusia 33 tahun di hadapan bengkel perabot di Jalan Kampung Cina di sini pada pukul 6.20 petang, 26 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhammad Nadzir memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN