fbpx
Bruno Fernandes (kanan) bakal jadi sandaran United bagi aksi EPL awal pagi esok.

Manchester United impi ‘himpit’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim percaya pasukannya sudah pun semakin kukuh dan bersedia untuk mencabar pasukan-pasukan terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rentetan itu, Amorim menjelaskan adalah penting untuk The Red Devils mendapat keputusan lebih positif pada pertemuan menentang Bournemouth di Old Trafford awal pagi esok.

Amorim juga tidak mahu terlalu menumpukan kepada kemarau kemenangan yang dihadapi Bournemouth dalam enam aksi terakhir memandangkan lawan itu mempunyai kualiti tersendiri termasuk meraih tiga mata pada dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Old Trafford.

“Saya fikir Bournemouth adalah pasukan hebat, memiliki pengurus dan pemain istimewa. Saya tidak terlalu melihat kepada keputusan tetapi lihat cara mereka bermain.

“Bournemouth memberikan tekanan hebat kepada mana-mana pasukan yang mereka tentang. Mereka juga boleh bermain dengan pilihan berbeza di bahagian depan, jadi ia pastinya banyak kerja yang kami perlu lakukan.

“Aksi EPL akan sentiasa sukar, namun kami perlukan kemenangan terutamanya di gelanggang sendiri dan ia akan terus menjadi sasaran utama kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN