fbpx
Suspek mengaku membunuh empat kanak-kanak termasuk anak lelakinya sendiri. - India Today

‘Mak cik kejam’ ambil nyawa anak saudara kerana cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita di Panipat, negeri Haryana ditahan selepas membunuh anak saudaranya kerana cemburu melihat kecantikan kanak-kanak tersebut, lapor laman berita India Today.

Siasatan bermula selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang lemas baru-baru ini di kampung Naultha.

Siasatan lanjut mendapati, suspek terlibat dalam kes pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan dan seorang budak lelaki yang merupakan anaknya sendiri bagi mengaburi mata pegawai.

Setiap kematian berlaku dengan cara serupa, di mana kanak-kanak ditemukan mati lemas dalam air cetek. 

Dalam satu kes, tab mandi yang digunakan hanya sedalam 30 sentimeter, menyebabkan penyiasat mempersoalkan kemungkinan kematian akibat kemalangan melihatkan ketinggian kanak-kanak itu.

Polis mendedahkan bahawa ‘mak cik kejam’ itu membunuh gadis-gadis yang lebih cantik daripadanya. Pegawai berkata, selepas melakukan jenayah, wanita itu akan meraikannya.

“Mak cik yang kejam itu akan ‘menghapuskan’ gadis-gadis yang dianggapnya lebih cantik daripada dirinya sendiri,” kata seorang pegawai kanan polis kepada India Today.

Kesemua kes diselesaikan dalam tempoh 36 jam selepas kejadian terbaharu. 

Setelah disoal siasat, suspek mengaku membunuh empat orang kanak-kanak, tiga daripadanya bersaudara dengannya dan seorang anak lelakinya sendiri. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN