PENINGKATAN penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di Malaysia bukan lagi sekadar statistik terpencil, sebaliknya sudah menjadi gelombang ancaman nasional yang semakin sukar dibendung. Bagi penulis, isu ini bukan sekadar soal jenayah, tetapi kegagalan seluruh ekosistem perlindungan kanak-kanak yang semakin ketinggalan berbanding kelajuan teknologi yang berkembang tanpa kawalan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sendiri mengesahkan bahawa kes penganiayaan seksual kanak-kanak secara dalam talian kini berada pada tahap amat membimbangkan. Menurut Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, jumlah laporan sebenar dipercayai melebihi…














