PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 4 petang ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor, ketika ini.
“Selain itu, di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Jempol dan Tampin selain Pedalaman (Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah,” lapor MetMalaysia.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. –KOSMO! ONLINE














