fbpx
Beberapa jajahan di Kelantan mula dinaiki air hari ini, MetMalaysia menjangkakan hujan berterusan sehingga Khamis.

Hujan berterusan hingga Khamis, amaran buruk dan waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada melibatkan beberapa negeri sehingga Khamis ini.

MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga 18 Disember 2025.

Dalam tempoh sama, hujan berterusan tahap waspada turut diramalkan berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga Khamis.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada juga dijangka melibatkan Pahang (Raub dan Bentong) serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga Selasa, 16 Disember 2025.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir serta kejadian tidak diingini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN