fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Dr Rozaimi di laman Facebook.

Haram tinggalkan ‘Google Review’ palsu – Dr. Rozaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memberi ulasan palsu terhadap sesebuah perniagaan di platform seperti Google tanpa pernah merasai produk atau perkhidmatan premis berkenaan adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle berkata, tindakan itu bukan sahaja berdosa, malah boleh menjatuhkan imej dan rezeki peniaga secara tidak adil.

“Baru-baru ini ada yang beri satu bintang kepada restoran milik Khairul Aming walaupun premis itu belum pun dibuka. Ini jelas review palsu. Ia hukumnya haram.

“Penyaksian palsu atau kata-kata dusta adalah antara dosa besar yang disebut Nabi SAW dalam hadis. Nampak kecil, tapi impaknya besar,” katanya.

Beliau turut menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang sengaja meninggalkan rating negatif hanya kerana berbeza pandangan politik atau mahu memboikot peniaga tertentu.

Katanya, ulasan seharusnya diberi dengan jujur selepas menerima perkhidmatan, bukan sekadar mengikut emosi atau gerakan tertentu yang boleh memfitnah dan menzalimi pihak lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN