fbpx
Dua pendaki wanita bergaduh ketika mendaki gunung. - TikTok

Gaduh tarik rambut berebut teman lelaki atas gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan pendaki Gunung Talang, wilayah Sumatera Barat terkejut melihat babak pergaduhan dua remaja yang saling menarik rambut gara-gara berebutkan teman lelaki, lapor laman berita iNews.

Dalam kejadian pada 7 Disember lalu, dua remaja perempuan berkenaan dilihat saling menarik rambut dengan kuat, malah cuba menjatuhkan satu sama lain di tengah laluan pendakian dan khemah.

Pergaduhan itu didakwa tercetus akibat hubungan cinta. Seorang pengguna media sosial bernama Ilham mendedahkan bahawa pergaduhan itu berlaku kerana seorang lelaki ‘ditangkap’ membawa wanita lain untuk mendaki gunung.

“Masalah lelaki ini adalah, dia mempunyai teman wanita tetapi masih mengajak wanita lain mendaki gunung. Begitulah pergaduhan itu berlaku,” tulisnya.

Pergaduhan tersebut disaksikan sejumlah pendaki lain sebelum beberapa orang akhirnya campur tangan untuk memisahkan kedua-dua remaja itu sebelum insiden menjadi lebih buruk.

Video insiden itu tular di media sosial dan menerima pelbagai komen orang ramai.

“Dahulu naik gunung itu damai, kini naik gunung sangat ramai,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kenapalah mahu berebut? Tinggalkan sahaja lelaki itu dan cari kekasih baharu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN