LIVERPOOL – Mohamed Salah terus membuktikan dirinya sebagai aset berharga Liverpool apabila merakam satu lagi rekod baharu dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Satu bantuan jaringan dilakukannya ketika mengalahkan Brighton 2-0 di Anfield kelmarin menyaksikan Salah memintas rekod Wayne Rooney selaku pemain terbanyak meledak gol dan mencipta bantuan jaringan bersama satu kelab dalam sejarah EPL.
“Sebab dia (Salah) tidak bersama kami di Milan (menentang Inter Milan minggu lalu) adalah disebabkan temu bualnya.
“Setiap orang mempunyai cara berlainan, begitu juga pengurus perlu membuat keputusan berbeza namun, dia sudah pun terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Milan sebelum ini.
“Saya ada bercakap dengannya tetapi saya tidak akan jelaskan apa yang dibincangkan. Sekarang dia kembali ke dalam pasukan sebagai pemain gantian dan dia lakukan apa yang penyokong serta saya mengharapkan daripadanya,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot
Namun, ketika ini, Salah kekal dalam kelas tersendiri dengan jumlah keseluruhan 277 gol dan bantuan jaringan buat The Reds, catatan tertinggi dalam sejarah EPL sekali gus mengatasi rekod lama milik Rooney yang merekodkan 276. – AGENSI














