fbpx
Tangkap layar kehadiran dron yang mengganggu privasi penduduk.

Dron berkeliaran depan rumah, kacau privasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggunaan dron secara sewenang-wenangnya di kawasan perumahan sehingga mengganggu ketenteraman penduduk boleh dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa apabila pemilik dron didakwa menggunakan peralatan tersebut sesuka hati di kawasan rumahnya di Sentul Perdana, Kuala Lumpur menimbulkan kebimbangan.

Menerusi hantaran video di Threads oleh @irahnoorkhan, kelihatan sebuah dron berlegar-legar di luar balkoni rumahnya yang berada di tingkat 34.

“Tidak cerdik ya orang yang guna dron dekat rumah macam ni, melanggar privasi orang dengan orang yang tidak tutup aurat lagi! Tadi lagi dekat, mungkin lepas nampak dirakam, baru lari,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut pengguna lain @suzannetiyon di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa penggunaan dron yang mencurigakan boleh dilaporkan kepada CAAM atau pihak polis.

“Ada dua cara boleh laporkan dan ya, memang boleh buat laporan. Satu di CAAM: [email protected] atau terus pergi balai polis, buat laporan polis,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata turut bimbang terhadap keselamatan dan privasi susulan penggunaan dron tanpa pengawasan.

“Wah, awak duduk tingkat agak tinggi pun dron tu masih boleh sampai. Sangat menceroboh privasi!,” komen Lunar Blade.

“Tempat saya pun ada dron berterbangan luar balkoni saya. Kadang-kadang waktu pagi tetapi selalunya ada waktu petang. Saya selalunya akan suluhkan laser setiap kali nampak sampai dia hilang,” kata @futter_blies

“Bahaya ni. Kita sudah fikir duduk rumah tinggi dengan tidak ada bangunan lain berhadapan jadi selamat dari view orang ‘skodeng’ ni. Rupanya orang pakai dron pulak sekarang,” komen Nazarul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN