fbpx
Shazeli menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff

Cawan teh tarik antara rampasan dadah RM10.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cawan minuman teh tarik serta kotak minuman soya bercampur dadah yang berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah stor simpanan dan pembungkusan bahan terlarang di rumah teres tiga tingkat di Kajang, baru-baru ini.

Serbuan pada 8 Disember lalu itu berjaya menahan tiga individu termasuk seorang lelaki warga asing berusia 40 hingga 45 tahun bersama pelbagai bungkusan dadah dianggarkan RM10.4 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, ketiga-tiga suspek termasuk duda tersebut hanya bertugas sebagai pembungkus dadah.

“Dua suspek wanita tempatan yang ditahan itu memperoleh upah sehingga RM5,000 sebulan. Manakala suspek lelaki itu, baharu memasuki negara ini pada 25 November lalu dan belum mendapat upah kerana pekerja baharu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Shazeli menambah, siasatan mendapati lelaki itu baharu pertama kali memasuki negara ini namun semakan silang bersama Jabatan Imigresen sedang dijalankan ekoran tiada cop pada pasportnya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki itu menjadi mangsa pemerdagangan orang ekoran rangkaian pengedaran dadah adalah besar.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket hanya menerima bekalan dadah yang telah dicampur dalam botol minuman sebelum dibungkus dan diserahkan kepada ahli sindiket lain.

“Dalang sindiket ini dan saki baki ahli sindiket ini masih dikesan untuk mengenal pasti operasi dan modus operandi mereka, tegasnya.

Jelas Shazeli, antara dadah yang dirampas termasuk serbuk dan pil ekstasi, ketamin, syabu, pil Erimin 5, yaba, serta bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 81 kilogram. Selain itu, polis turut menyita 400 kotak dan botol minuman mengandungi cecair ekstasi dengan isipadu 195.5 liter.

Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda City serta enam barangan kemas dengan nilai keseluruhan RM52,600.

Jelas Shazeli, semakan mendapati dua suspek wanita itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dengan ketiga-tiga suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN