fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan dua lelaki bersenjata yang melancarkan serangan di Pantai Bondi, negeri New South Wales. – AGENSI

Bapa, anak mengamuk tembak mati 15 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Seorang bapa dan anak lelakinya dengan kedua-dua mereka bersenjata  menembak mati 15 orang  di Pantai Bondi,  Sydney, kata pihak berkuasa hari ini, melabelkan kejadian sebagai serangan pengganas anti-Semitik menyasarkan perayaan Yahudi.

Mangsa termuda ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang meninggal dunia di hospital, kata polis. Mangsa paling tua berusia 87 tahun.

Seramai 42 orang lagi dimasukkan ke hospital akibat kecederaan termasuk dua anggota polis.

Dua penyerang bersenjata itu menyasarkan perayaan tahunan Yahudi dikenali sebagai Hanukkah. Perayaan itu menarik kehadiran lebih 1,000 orang ke Pantai Bondi..

Pembunuhan itu mencetuskan kecaman global.

“Australia berkabung atas kematian mereka  dengan bendera negara dikibarkan separuh tiang hari ini,” kata Perdana Menteri Anthony Albanese.

Bapa berusia 50 tahun itu ditembak mati polis di tempat kejadian.

Polis berkata,  dia memiliki enam senjata api berlesen, yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

Anak lelakinya yang berumur 24 tahun itu kini dirawat di hospital dengan kecederaan kritikal.

Polis kemudian  menyerbu dua hartanah di Sydney, yang dilaporkan digunakan oleh dua penyerang bersenjata itu.

“Kami mahu menyiasat kejadian ini hingga ke akar umbi. Kami mahu memahami motif di sebaliknya,” kata Pesuruhjaya Polis Negeri  New South Wales,  Mal Lanyon.

Rakaman di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang dikenal pasti media tempatan sebagai penjual buah berusia 43 tahun, Ahmed al Ahmed menyerbu salah seorang penyerang bersenjata itu ketika dia menembak orang ramai.

Lelaki itu merampas senjata api daripada  tangan penyerang, sebelum mengacukannya ke arah penyerang yang berundur.

Warga Perancis, Alban Baton, 23, berkata,  dia bersembunyi selama beberapa jam bersama pelanggan lain di bilik sejuk sebuah kedai runcit Pantai Bondi apabila tembakan meletus.

“Kejadian berlaku  sangat cepat,” katanya kepada AFP hari ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN