fbpx
KENDERAAN ditenggelami banjir kilat di bandar Safi, Maghribi semalam. – AFP

Banjir kilat akhiri kemarau 7 tahun, 21 nyawa melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Banjir kilat akibat hujan lebat secara tiba-tiba semalam mengakibatkan 21 orang terkorban di bandar tepi pantai Maghribi, Safi, kata pihak berkuasa tempatan.

Gambar di media sosial menunjukkan air berlumpur deras menghanyutkan kenderaan di jalan raya di Safi yang terletak kira-kira 300 kilometer ke selatan  ibu negara, Rabat.

Sekurang-kurangnya 70 rumah dan premis perniagaan di kota lama bersejarah itu dilanda banjir, kata pihak berkuasa.

Seramai 32 mangsa lain cedera dan dibawa ke hospital, tetapi kebanyakan mereka telah dibenarkan pulang.

“Ini adalah hari yang hitam buat kami,” kata penduduk tempatan, Hamza Chdouani kepada AFP.

Menjelang petang, paras air surut dengan penduduk menyelongkar kawasan berlumpur bagi menyelamatkan barang masing-masing.

Seorang lagi penduduk, Marouane Tamer mempersoalkan mengapa trak-trak  kerajaan tidak dihantar untuk mengepam keluar air.

Perkhidmatan cuaca meramalkan lebih banyak hujan lebat melanda esok di seluruh negara.

Cuaca buruk dan banjir bukanlah luar biasa di Maghribi, yang sedang bergelut dengan kemarau panjang untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Direktorat Besar Meteorologi (DGM) berkata, 2024 adalah tahun paling panas pernah dicatatkan di Maghribi dengan negara itu mencatatkan purata defisit hujan sebanyak -24.7 peratus. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN