fbpx
Noor Hisam (tengah) melawat reruai pameran ketika Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Tahun 2025 di Kilang Unisem Ipoh, Bandar Pulai Jaya, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

39,259 kemalangan direkodkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 757 kes atau dua peratus daripada 40,016 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 556 kes kemalangan maut direkodkan pada tahun lalu berbanding 587 kes pada 2024.

“Sebanyak 610 kematian dicatatkan pada tahun ini berbanding 626 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. Secara keseluruhan, jumlah kemalangan maut mencatatkan penurunan sebanyak 31 kes atau lima peratus manakala jumlah kematian turut menurun sebanyak 16 kes atau tiga peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (Op Kerja) Tahun 2025 di Unisem dekat Kawasan Perindustrian Pulai Jaya, Simpang Pulai di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 270 kes kemalangan parah direkodkan tahun lalu selain 270 kes lagi membabitkan kecederaan ringan.

Katanya, bagi kes kecederaan ringan, jumlah tersebut menunjukkan penurunan ketara sebanyak 821 kes atau 75 peratus, kepada 1,091 kes.

“Sebanyak 37,531 kes kemalangan yang melibatkan kerosakan kenderaan sahaja direkodkan pada tahun 2025, berbanding 38,010 kes bagi tempoh sama tahun 2024.

“Selain itu, purata 117 kes kemalangan sehari direkodkan bagi tahun 2025, berbanding 120 kes sehari bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN