fbpx
Keadaan jenazah Zainuddin ketika dibawa keluar dari liang lahad. - Istimewa

30 tahun dikebumi, kain kafan bersih, jenazah masih sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Jenazah seorang lelaki yang sudah meninggal dunia selama 30 tahun masih berada dalam keadaan baik, dengan kain kafan kelihatan bersih ketika kerja-kerja pemindahan kubur dijalankan, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Luwu Utara, wilayah Sulawesi Selatan.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, beberapa orang dilihat mengeluarkan jenazah lelaki dikenali sebagai Zainuddin, yang meninggal dunia pada 1995.

Apa yang mengejutkan ramai adalah kain kafan yang membaluti jenazah tersebut kelihatan bersih, malah jasadnya kelihatan masih utuh.

Menurut adik si mati, Syarifuddin, mereka sekeluarga terkejut melihat keadaan jenazah abangnya itu.

“Semua kayu yang menutup jenazah di dalam kubur sudah tiada lagi. Namun, jasadnya masih utuh,” kata Syarifuddin.

Tambah Syarifuddin, sudah kira-kira 30 tahun sejak abangnya dikebumikan, justeru mereka menyangka jenazahnya hanya tinggal rangka. 

“Kami hanya membawa kain dan merancang untuk meletakkan tulang-temulang di dalamnya,” kata Syarifuddin.

Syarifuddin berkata, kubur abangnya itu dipindahkan atas permintaan anak-anak arwah yang mahukan jenazah bapa mereka berada dekat dengan kubur ibu mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN