PETALING JAYA – “Syukurnya beliau bila ada pelanggan datang membeli. Semoga pak cik ini sentiasa dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dalam mencari pendapatan buat keluarganya.”
Itu antara komen orang ramai selepas menonton video yang dimuat naik pengguna TikTok @Mohd Hanif menunjukkan seorang peniaga warga emas menadah tangan berdoa sebaik barangannya dibeli pelanggan.
“13 Disember 2025, Sabtu 5.30 petang, saya ambil (rakam) gambar pak cik ini sambil menangis, entah apa yang pak cik itu doakan, bersusah payah demi sesuap nasi. Hanya untuk meneruskan sisa-sisa hidup, Ya Allah ampuni dosa-dosa kami terhadap ibu kami, terhadap ayah kami ya Allah,” katanya Mohd Hanif di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, ramai pengguna berkongsi cerita pernah melihat lelaki warga emas tersebut tersebut berniaga di sekitar Pulau Pinang.
Siti Zuraidah berkata, lelaki itu yang mesra dipanggil Pak long merupakan jirannya.
“Tak silap ini Pak long. Jiran sebelah rumah saya. Dia memang jual buah, sebelum ini jual dekat Penaga ja (sahaja),” katanya.
“Hari-hari ronda nampak tok wan sorang-sorang. Tok wan berniaga pun tak banyak, teringin nak pergi sapa (tegur) tapi takut tok wan tak selesa. Tok wan nampak uzur, bongkok je jalan. Semoga rezeki tok wan mencurah tak perlu berniaga lagi. Pakaian tok wan selalu bersih dan kemas,” komen Ekin.
Perkongsian Mohd Hanif menerima lebih 130,000 tontonan dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas ia dimuat naik. – KOSMO! ONLINE
@mohdhanif_officer 13/12/2025 Sabtu 5.30petang,saya ambil gambar pakcik ni sambil saya menangis,entah apa yg pakcik tu doakan,bersusah payah hanya untuk sesuap nasi. Hanya untuk meneruskan sisa2 hidup,Ya Allah ampuni dosa2 kami terhadap ibu kami,terhadap ayah kami ya Allah. #ayah #tamansepadu #tasekgelugor #fypシ ♬ original sound – akulah














