fbpx
GAMBAR fail Oh Seung-geol. - Foto Yonhap

Ujian Bahasa Inggeris terlalu sukar, ketua peperiksaan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Ketua peperiksaan di Korea Selatan meletak jawatan susulan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kemasukan kolej di negara berkenaan dianggap terlalu sukar, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Oh Seung-geol iaitu  pegawai tertinggi yang bertanggungjawab berhubung peperiksaan tahunan kemasukan kolej bertindak sedemikian selepas menerima bantahan hebat berhubung peperiksaan tersebut.

Keputusan College Scholastic Ability Test atau Ujian Kemampuan Akademik Kolej yang diduduki pelajar  pada 13 November lalu telah diumumkan pada 4 Disember lepas.

Peperiksaan itu mencatatkan peratusan pelajar berprestasi tinggi Tahap 1 paling rendah sejak 2018, dengan hanya kira-kira tiga peratus daripada 15,154 calon memperoleh gred tertinggi.

Dalam peperiksaan itu, sekitar tujuh peratus pelajar lazimnya mencapai skor Tahap 1.

Dalam satu sidang media, Seung-geol menyatakan kekesalan dan menjelaskan sebab mengapa ujian tersebut begitu mencabar.

“Bagi bahagian (peperiksaan) Bahasa Inggeris, kami mendapati banyak soalan yang serupa dengan soalan yang digunakan dalam ujian percubaan swasta,” katanya. 

“Akibatnya, pasukan kami menukar soalan-soalan tersebut, namun tidak dapat menilai sejauh mana tahap kesukarannya,” tambah Seung-geol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN