fbpx
GAMBAR fail sebuah lubang benam di Karapınar. - Foto AFP

Semakin banyak lubang benam gergasi di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL –  Terdapat 684 lubang benam di Dataran Konya, Turkiye, lapor portal berita Wion News kelmarin yang memetik satu analisis terkini Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan negara berkenaan.

Pembentukan lubang benam itu  bermula pada awal tahun 2000-an dan jumlahnya terus meningkat dari semasa ke semasa. 

Satu video baharu yang dirakamkan menggunakan dron memaparkan lubang-lubang benam yang sangat dalam di kawasan penanaman gandum itu.

Menurut Universiti Teknikal Konya, lebih 20 lubang benam besar baharu telah muncul sepanjang tahun lalu di daerah Karapınar.

Lubang benam itu berukuran lebih 30 meter lebar dan mempunyai kedalaman beratus-ratus meter.

Menurut pakar-pakar, pembentukan lubang benam itu berpunca daripada penurunan paras air bawah tanah, kemarau dan perubahan iklim.

Laporan portal berita Turkey Today menyatakan bahawa fenomena itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan petani, kerana ramai daripada mereka telah kehilangan tanaman akibat tanah runtuh secara tiba-tiba. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN