fbpx
Adzli (tengah) bersama Panglima 6 Briged, Markas Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fauzi Sulaiman (dua kiri) menunjukkan syabu yang berjaya dirampas ATM. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Penyeludup pikul guni syabu RM11 juta guna laluan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pihak berkuasa berjaya menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas sebanyak 331 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM11 juta dalam operasi bersepadu di hutan Durian Burung dekat Padang Terap berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, Selasa lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tangkapan pada pukul 4.30 pagi itu dilakukan hasil Operasi Serkap oleh pasukan tentera Kem Sahara, Durian Burung susulan maklumat risikan berkaitan aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan.

“Ketika operasi, pasukan tentera mengesan pergerakan suspek yang mencurigakan. Lelaki itu ditahan kira-kira 160 meter dari sempadan yang membawa kepada penemuan sembilan guni berisi 331kg syabu tidak jauh dari lokasi tersebut.

Dadah itu bernilai hampir RM11 juta. Kalau terlepas ke dalam pasaran ia boleh memudaratkan kira-kira 66,000 penagih.

“Dadah ini dibungkus dengan menggunakan pembalut racun tikus dan makanan kering sebelum dibawa dengan guni bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini yang turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, suspek berusia 37 tahun tidak bertindak sendirian, sebaliknya menyeludup dadah tersebut bersama lapan rakan yang sempat melarikan diri ketika operasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini berpangkalan di negara jiran dan beroperasi sejak dua bulan lalu. Kita sudah mengenal pasti rangkaian sindiket ini. Dadah ini dipercayai untuk edaran di Lembah Klang. Suspek mempunyai dokumen perjalanan, namun menggunakan laluan tidak sah,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN