fbpx
Gambar hiasan

Penunggang motosikal warga asing maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Istana menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu melibatkan warga Myanmar itu pada pukul 9.14 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menukar lorong ke kanan sebelum dilanggar kereta dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Semakan mendapati warga asing itu tidak memiliki lesen memandu yang sah. Polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 019-4482852 atau Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN