fbpx
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang maut selepas bertembung dengan sebuah lori muatan sawit di Kilometer 60 Jalan Pekan-Rompin di Pekan malam semalam.

Pelajar tahfiz maut Perodua Myvi bertembung lori muatan sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Seorang pelajar maahad tahfiz maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sawit di Kilometer 60 Jalan Pekan-Rompin di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 11.05 malam itu berlaku ketika mangsa Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian pemandu kereta mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan permukaan jalan rata dan jalan basah dengan tahap pencahayaan gelap tanpa lampu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN