TAPAH – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan, MIC masih parti komponen Barisan Nasional (BN) sehingga satu keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Menurut beliau, MT MIC akan bersidang dalam masa terdekat dan memperhalusi semua pendapat sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita tunggu untuk tarikh mesyuarat bila Presiden (MIC) balik dari luar negara dalam masa terdekat. Mesyuarat itu memerlukan notis selama dua minggu sebelum dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di Bangunan MIC Tapah di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan komputer riba kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 yang dapat menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan instisusi pengajian tinggi swasta (IPTS) – KOSMO! ONLINE














