LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mendakwa dirinya terpaksa mengharungi tempoh 48 jam paling buruk sepanjang khidmatnya di Stamford Bridge.
Walaupun meraih kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi, komen Maresca menimbulkan persoalan penuh misteri kerana pengendali berusia 45 tahun itu tetap memuji komitmen yang dijelmakan oleh pemainnya.
Ia kembali meletakkan Chelsea dalam landasan kemenangan selepas gagal melakukannya dalam empat perlawanan terakhir.
“Cara pemain untuk terus belajar menjadi sesuatu yang cukup hebat dan inilah sebabnya saya memuji mereka. Kami berdepan banyak masalah namun mereka melakukan tugas mereka dengan baik.
“Sejak saya sertai pasukan, ini adalah tempoh 48 jam yang paling teruk kerana ramai yang tidak menyokong kami,” katanya. – AGENSI














