fbpx
Fadhlina (tengah) ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

KPM mansuh Sistem Pengurusan Latihan, guru lebih fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Usaha mengurangkan beban tugasan guru terus diperkukuh apabila Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) bermula tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diyakini membolehkan guru memberi sepenuh perhatian kepada kelas, murid serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sebenar.

“(Langkah) Ini penting untuk mengembalikan fokus tugas hakiki guru iaitu soal pedagogi dan reformasi dalam bilik darjah yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Pada tahun hadapan, guru-guru akan memberikan tumpuan penuh kepada pengajaran, meningkatkan kualiti PdP sekali gus memastikan pelaksanaan Kurikulum 2026 serta persiapan menuju 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, keputusan tersebut memberi kesan langsung terhadap kebajikan serta beban tugas guru.

“SPLKPM merupakan antara isu yang sering dibangkitkan dalam kalangan guru kerana dilihat mengganggu pelaksanaan tugas hakiki mereka.

“Justeru, pemansuhan sistem ini dibuat sebagai usaha berterusan kementerian untuk memberikan keyakinan serta mengurangkan beban tugas para guru,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN