fbpx
City ketika ini berada di kedudukan kedua dengan 31 mata, hanya ketinggalan dua mata di belakang Arsenal.

Man. City ada ‘resipi’ hambat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester City harus mengelak daripada memberikan tekanan kepada diri sendiri dalam misi pasukan untuk terus menekan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Ia diakui penolong pengurus City, Kolo Toure menjelang perhitungan menentang Crystal Palace di Selhurst Park malam ini dengan menegaskan The Citizens perlu terus bekerja keras tanpa mengenal erti penat.

Toure menjelaskan, segala kerja dilakukan ketika ini hanya tertumpu kepada apa yang mampu dikawal mereka dan enggan terlalu memberikan perhatian kepada kemampuan pencabar lain.

“Kami hanya fikir tentang diri sendiri khususnya apa yang boleh kami lakukan. Kami tahu kualiti Arsenal di mana mereka memiliki skuad kukuh yang kuat dan pengurus hebat.

“Segalanya bergantung kepada kami sendiri, kami juga memiliki pengurus (Pep Guardiola) yang bagus di dunia dan setiap hari dia melakukan kerjanya dengan hebat. Keghairahannya hanya kepada bola sepak dan cukup sayangkan pemain serta kakitangan kelab.

“Kami tahu beliau (Guardiola) akan bawa kami lebih jauh untuk memenangi liga. Kami tidak terlalu fokus kepada apa yang Arsenal lakukan dan setiap perlawanan adalah final buat kami,” katanya.

Berdasarkan pengalaman di peringkat tertinggi, City dilihat lebih lengkap di mana ramai peminat beranggapan Arsenal bakal ‘tergelincir’ buat kali keempat berturut-turut dalam perebutan gelaran memandangkan kedua-duanya hanya dipisahkan dua mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI