fbpx
Gambar hiasan

Lelaki cedera diserang gajah liar, jatuh dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Seorang lelaki Orang Asli cedera selepas diserang seekor gajah liar di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun menunggang motosikal bersama rakannya.

“Sampai di lokasi kejadian, abang mangsa yang berada di hadapan ternampak seekor gajah di tepi jalan lalu memecut melintasi haiwan tersebut.

“Mangsa dan rakannya yang berada di belakang bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian lalu memberhentikan motosikal bagi menyelamatkan diri.

“Gajah tersebut secara tiba-tiba menarik mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ke dalam gaung, rakannya pula sempat selamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka dan sakit badan. Lelaki itu dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN