fbpx
Fadhlina (empat dari kanan) ketika simbolik Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam. - Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

KPM timbang resolusi Melaka berkait sahsiah pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebarang cadangan berkaitan disiplin dan pembentukan sahsiah pelajar perlu diteliti secara menyeluruh agar selari dengan dasar pendidikan negara, tegas Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu akan meneliti semua resolusi yang dikemukakan Kerajaan Melaka termasuk cadangan berkaitan disiplin pelajar sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, setiap syor perlu dinilai dari sudut kesesuaian, keberkesanan serta implikasi terhadap keseluruhan polisi dan dasar pendidikan sedia ada.

“Kita menghargai pandangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Melaka dan rakan-rakan berkepentingan lain.

“Namun, setiap cadangan perlu dilihat secara holistik kerana agenda pendidikan bukan sahaja melibatkan disiplin, tetapi juga sahsiah, kebajikan dan pembangunan murid secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sememangnya memberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah murid menerusi pelbagai inisiatif yang melibatkan ibu bapa dan komuniti sekolah.

Antaranya, pelaksanaan Program Akses Komprehensif Tadika (PAKAT) yang memberi ruang kepada penglibatan aktif ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) khususnya di peringkat prasekolah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN