fbpx
PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue (No.28) menjadi antara watak penting kepada prestasi hebat KL City, musim ini.

KL City belanja ikut ‘poket’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengendali Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic diberikan kebebasan dan kuasa lebih besar untuk membawa masuk pemain baharu pada jendela perpindahan kedua, bulan depan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak akan menggadaikan prinsip untuk berbelanja melebihi kemampuan kantung pasukan.

Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, pihaknya kini sedang memikul dua tanggungjawab berbeza iaitu melangsaikan hutang lama dan memastikan perjalanan pasukan musim ini lebih lancar tanpa ada masalah.

“Kita memang bagi 100 peratus kepada jurulatih untuk menentukan siapa yang dia nak pilih dan siapa yang dia pinjam. Apa yang dia inginkan, dia akan bawa perkara ini kepada pihak pengurusan.

“Tetapi pemain yang dia nak bawa masuk pun kena ikut bajet kita. Kita tengok harga kerana paling penting kita kena tengok adalah ia selari atau tidak dengan kemampuan pasukan,” katanya.

Ketika ini, skuad The City Boys sudah pun berada pada prestasi terbaik apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dan kini menghuni tangga kedua Liga Super.

Tempoh pendaftaran kedua dijangka akan dibuka pada 5 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Sebelum ini, Syed Yazid mengesahkan pucuk pimpinannya sedang giat melangsaikan tunggakan lama dan akan terus komited bagi memastikan KLFA bebas daripada sebarang hutang termasuk babitkan gaji pemain dan kakitangan pasukan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN