fbpx
Peguam, Guok Ngek Siong yang mewakili Rewcastle-Brown keluar dari kamar mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Kes Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Terengganu dibicara semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan perbicaraan kes Clare Rewcastle-Brown, 66, memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah oleh Mahkamah Majistret yang berlangsung tahun lalu tidak sah.

Hakim Datuk Seri Mohd. Razi Harun memerintahkan kes melibatkan pengasas dan editor Sarawak Report itu didengar semula di Mahkamah Majistret.

“Saya memerintahkan kes ini dibicarakan semula di hadapan majistret baharu dengan pertuduhan sama terhadap perayu (Rewcastle-Brown). Saksi-saksi pendakwaan perlu dipanggil semula bagi memberi keterangan,” katanya ketika membacakan penghakimannya.

Mohd. Razi berkata, keputusan terbuat berikutan isu teknikal undang-undang berikutan mahkamah majistret sebelum ini meneruskan pembicaraan tanpa menentukan sama ada adil atau sebaliknya ia dijalankan tanpa kehadiran perayu.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret pada 7 Februari 2024 menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Rewcastle-Brown.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh bersalah menfitnah Sultanah Nur Zahirah tanpa kehadirannya sepanjang prosiding.

Berdasarkan pertuduhan, Rewcastle-Brown didakwa menulis buku bertajuk ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ yang mengandungi perkataan ‘the wife of the sultan’ yang didakwa merupakan tohmahan merosakkan nama baik Sultanah Nur Zahirah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tahun atau denda, atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN