fbpx
SEJAK kebelakangan ini, Daiyan Trisha asyik berdepan fitnah pelik-pelik.

Kasihan Daiyan Trisha, nasib orang cantik agaknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-baru ini, Diva baca satu hantaran dalam media sosial yang mendakwa Daiyan Trisha sudah menukar agama?

Luruh jantung bila baca hantaran tersebut yang disertakan dengan foto Daiyan memakai busana kaum lain, terkejut seperti hampir hilang nyawa sebab hal-hal berkaitan agama tak boleh dibuat main-main Mat!

Kemudian tidak lama selepas itu, ramai peminatnya mahu orang ramai membantu melakukan ‘report’ terhadap akaun tersebut agar semua kandungan yang dimuat naik dihapuskan.

Daiyan juga turut bersuara agar orang ramai membantunya melakukan hal sama sehingga akaun tersebut dipadam kerana menyebarkan fitnah tak berasas tentang dirinya.

Kini, semua kandungan tersebut sudah tidak wujud lagi dalam Threads, cuma satu hal nak cakap, macam-macam cerita karut Daiyan kena hadap tahun ini. Sabarlah ya Daiyan, dugaan orang cantik.

Cuma kepada orang ramai, kalau hati jahat sekali pun, janganlah main-main dengan hal agama, kejam.

DIVA: Selamat pengantin baharu jua buat Sissy Imann. Untunglah Sissy, sudahlah dapat doktor, kacak pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI