fbpx
Dijangka lebih 30,000 penyokong JDT bakal membanjiri SNBJ hari ini.

Jualan tiket perlahan, final Piala FA dijangka ‘sendu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERLAWANAN akhir Piala FA yang menemukan jaguh bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC pada hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan hilang seri dan kurang meriah seperti yang diharapkan.

Malah, jualan tiket antara kedua-dua pasuka juga tidak ‘sold out’ seperti mana-mana aksi final yang pernah berlangsung sebelum ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook The Rhinos, hanya 6423 yang telah terjual setakat 5 petang tadi dan dijangka akan terus meningkat sehingga 10,000 sebelum perlawanan bermula pada 9 malam.

CERIA. Antara ragam penyokong setia Sabah FC yang hadir ke SNBJ hari ini.

Walaupun ini adalah final pertama Sabah FC dalam tempoh hampir 30 tahun, beberapa kekangan menyaksikan kelab gergasi dari Borneo itu terpaksa melepaskan peluang seperti kos tiket penerbangan yang mahal selain perlawanan berlangsung ketika masih dalam minggu terakhir persekolahan.

Sementara itu, JDT yang menjuarai tiga trofi Piala FA berturut-turut dijangka terus mendapat sokongan padu daripada peminat dengan anggaran kehadiran hampir 30,000 penyokong.

Skuad Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz diramal tidak mempunyai masalah untuk mendominasi aksi final walaupun beberapa pemain utama dihimpit kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN