fbpx
Ahmad Zahid

‘Jika MIC tidak buat keputusan, BN akan buat keputusan’ – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMENYIH – Barisan Nasional (BN) belum menerima sebarang surat rasmi daripada MIC berhubung usul parti itu untuk meninggalkan gabungan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri tidak menerima apa-apa resolusi dari parti itu berhubung perkara tersebut.

“Tentunya kita (BN) tidak membuat sebarang keputusan, tetapi kalau mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan, kita akan membuat keputusan,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia), di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang pertemuan diadakan antara BN dan MIC selepas parti itu meluluskan usul untuk keluar daripada gabungan berkenaan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79.

Ahmad Zahid turut mengingatkan semua parti komponen BN supaya berfikir secara matang dan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan gabungan.

“Jangan menyesal jika keputusan itu tidak dibuat mengikut perubahan landskap politik, saya takut mereka berada di dalam keadaan gantung tidak bertali dan jangan menyesal kalau keadaan itu berlaku,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang pertimbangan untuk menerima IPF Malaysia sebagai parti teras dalam BN bergantung kepada persetujuan dan konsensus semua parti komponen dalam gabungan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN