KALAU sudah namanya usahawan, memang semua yang ada di depan matanya mampu mendatangkan hasil.
Itulah perangai Datuk Seri Aliff Syukri, lucunya pokok dari taman sekitar rumah pun dijualnya.
Perkara tersebut dikongsi isterinya, Datin Seri Shahida yang terhibur tetapi dalam masa sama bercampur geram dengan perangai suaminya itu.
“Pokok di rumah yang sepatutnya dibuang pun dia jual.
“Yang kalian beli pokok dia kenapa? Tolong ya, selepas ini saya tak mahu buka nurseri pula. Habis semua dia jual,” katanya.
Netizen pula jadi batu api yang berpesan kepada Shahida agar berjaga-jaga, risau kolam renang pula dijual Aliff selepas ini.
“Lumut tepi tembok pun risau dijual Aliff, jangan sampai dia tahu!
“Sikit hari lagi ikan dalam kolam pun dia jual, percayalah!” seloroh netizen.
Macam-macam hal ya nak cari duit punya fasal. Sabar sajalah!
DIVA: Rasa nak tumpang nangis gembira tengok penyatuan cinta Erra Fazira dan Ezwan!














