fbpx
Keadaan banjir di Kampung Lubok Periok, Hulu Terengganu hari ini.

Hulu Terengganu kembali banjir, 53 mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali dilanda banjir dengan Hulu Terengganu menjadi daerah pertama terjejas.

Setakat ini, dua kawasan iaitu Kampung Lubok Periok dan Kampung Peneh, Hulu Terengganu terjejas melibatkan 53 mangsa daripada 18 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Bangunan PPPS Kampung Lubok Periok dan Masjid Kampung Penuh mula beroperasi masing-masing pada pukul 4.25 petang dan 5.45 petang.

“PPS Kampung Lubok Periok mempunyai lapan mangsa daripada dua keluarga.

“Seramai 45 mangsa daripada 16 keluarga pula telah berpindah ke PPS Masjid Kampung Peneh,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBNT berkata, pemantauan sedang diadakan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini.

Sebelum ini, Terengganu pulih banjir gelombang pertama yang menjejaskan lebih 10,000 mangsa di semua lapan daerah di negeri ini pada 2 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN