PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.
“Daerah di Kedah yang dijangka berdepan hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, manakala Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sementara Pahang melibatkan Raub, Bentong dan Temerloh.
“Cuaca buruk sama turut diramal di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor membabitkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE














