fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang di 5 negeri hingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, antara kawasan berisiko adalah seluruh Perlis dan sebahagian daerah di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, di Pulau Pinang, kawasan yang terjejas di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang,” katanya.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN