fbpx
Shila Amzah pernah melalui fasa paling sukar dalam hidupnya apabila berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa bermula bermula dari bawah.

‘Berpisah’ dengan bapa dari kosong, jadi Shila Amzah dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Di sebalik kejayaan membina nama hingga ke peringkat antarabangsa, penyanyi Shila Amzah pernah melalui fasa paling sukar dalam hidupnya apabila berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa bermula bermula dari bawah.

Nurshahila Amir Amzah, 35, memaklumkan perkara tersebut berlaku kerana bapanya yang juga penyanyi, Datuk ND Lala mengambil keputusan tidak menguruskan kariernya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar 2019.

“Contoh masa PKP, saya baru melahirkan. Saya berpisah dengan bapa saya dari segi kerja.

“Kami (dengan pengurus) perlu mula semula dari kosong. Ini benda-benda yang orang tidak tahu walaupun dah jadi Shila Amzah dari China.

“Saya cakap dengan Aini (pengurus), hari ini ada berapa (duit)? Sampai tahap itu kami kena mula dari kosong, malah dari negatif,” katanya dalam audio siar Era.

Dalam audio siar tersebut, penyampai Era iaitu Raden mengajukan soalan tentang duit persembahan yang pernah diterima, pelantun lagu Patah Seribu itu enggan mengulas lanjut.

“Jangan tanya (duit persembahan).

“Masa itu masih menyewa, bayar kereta dan baru melahirkan. Ada hidup tapi tak berapa hidup baik jadi sofa atau perabot,” tuturnya lagi.

Selain itu, Shila juga mengalami fasa terendah selepas putus cinta tetapi kembali bangkit semula menerusi kerjayanya menempa nama di China.

“Awal 20-an selepas lagu Patah Seribu, fasa putus cinta dengan bekas kekasih. Bukan mengenai itu tetapi kehidupan saya yang tak boleh bernafas.

“Allah Maha Baik, apabila jadi begitu saya terbang ke China dan fokus kepada kerja.

“Saya dapat peluang untuk bernafas semula,” katanya lagi.

Shila memulakan karier pada dua dekad lalu selepas sering mengikuti bapanya dalam perjalanan seni.

Dia juga pernah menyertai program One In A Million (OIAM) musim kedua dan muncul sebagai naib juara dalam pertandingan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN