Banjir besar dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah utama di Sumatera, Indonesia termasuk Aceh dan Sumatera Barat pada 27 November lalu dianggap antara bencana alam paling dahsyat dengan angka korban yang tinggi dan kemusnahan besar infrastruktur. Setakat ini, dilaporkan tragedi yang disifatkan sama ganas dengan tsunami pada 2004 telah mengorbankan lebih 900 nyawa dengan lebih 600 orang masih hilang. Arus deras yang membawa bersama runtuhan tanah bukan sahaja mencetuskan banjir besar, malahan turut memusnahkan rumah penduduk sehingga ada kampung…














