fbpx
PROGRAM pencarian pengacara baharu, Malaysian Host Wanted diharap membawa perubahan kepada lanskap pengacaraan di Malaysia.

Baguslah cari hos baharu, asyik muka sama saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEBERAPA tahun kebelakangan ini kerap juga sindiran sinis menerpa telinga Diva mengenai dunia pengacaraan sekarang yang dikatakan ketandusan wajah baharu.

Selepas direnung-renungkan, memang betul, industri kekurangan pelapis baharu yang versatil dan mampu mengendalikan banyak jenis program.

Dalam terfikir, tiba-tiba baru-baru ini Diva ada ternampak hebahan tentang program terbaharu iaitu Malaysia Host Wanted. Akhirnya ada juga rancangan yang nak cungkil bakat baharu pengacaraan, kalau tidak asyik dibanjiri program nyanyian sahaja.

Cuma kalau nak cari pelapis itu, janganlah hanya berbekalkan wajah cantik dan tampan semata-mata. Bakat dan ilmu di dada juga perlu seiring. Tak mahu pula nanti timbul cerita pengacara kurang bijak, ‘pembaris’ dan sebagainya.

Harap ada input positif daripada program yang dengarnya bermula bulan ini.

DIVA: Selalu dengar orang mengadu, asyik muka Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad dominasi pengacaraan, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN